Showing posts with label Rumah Tamu. Show all posts
Showing posts with label Rumah Tamu. Show all posts
Monday, July 19, 2021
By:
mazlan sumpit
- 8:15 AM
PROMOSI HOMESTAY 2021
Wednesday, July 14, 2021
By:
mazlan sumpit
- 7:48 AM
Lokasi Homestay Eijaz Kuala Rompin 2021
Lokasi Homestay Eijaz di Kuala Rompin boleh buat carian menerusi aplikasi google map ataupun aplikasi Waze dengan menggunakan kata kunci Homestay Eijaz Kuala Rompin
Anda juga boleh berkongsi pautan berikut : https://goo.gl/maps/14cinrNSrXv untuk memudahkan pencarian lokasi Homestay Eijaz di Kuala Rompin ini
Sunday, July 11, 2021
By:
mazlan sumpit
- 11:51 PM
Apa keistimewaan Homestay Eijaz? 2021
Apa keistimewaan Homestay Eijaz?
🚗Berada ditengah-tengah bandar Kuala Rompin (meaning semua kemudahan berada dalam lingkungan homestay)
🏡Rumah yang sangat selesa dan bersih
(1master bedroom lengkap dengan toilet dan 3 bedroom lain lengkap dengan katil super single dan pullover)
🛋Kesemua dekorasi dan perabot kami adalah DIY (hasil idea kami sekeluarga)
🖥Kami tak ada ASTRO tapi kami menyediakan WIFI dan Streaming di ruang tamu serta android tv di ruang makan untuk penggemar Netflixx Movie (Jadi tak perlu berebut siaran dan TV)
-----------------
Ha macam mana?Berminat?
Jom dapatkan harga promosi sempena pembukaan kami.
🚗Berada ditengah-tengah bandar Kuala Rompin (meaning semua kemudahan berada dalam lingkungan homestay)
🏡Rumah yang sangat selesa dan bersih
(1master bedroom lengkap dengan toilet dan 3 bedroom lain lengkap dengan katil super single dan pullover)
🛋Kesemua dekorasi dan perabot kami adalah DIY (hasil idea kami sekeluarga)
🖥Kami tak ada ASTRO tapi kami menyediakan WIFI dan Streaming di ruang tamu serta android tv di ruang makan untuk penggemar Netflixx Movie (Jadi tak perlu berebut siaran dan TV)
-----------------
Ha macam mana?Berminat?
Jom dapatkan harga promosi sempena pembukaan kami.
By:
Teacher Ana
- 10:47 PM
Menarik Di Pantai Hiburan,Kuala Rompin,Pahang 2021
Salam semua.Masih lagi dalam mood Cuti Sekolah dan untuk
ibu-bapa masih ada masa lagi untuk bawa anak-anak berjalan-jalan dan bercuti,
Tak perlu pergi jauh-jauh.Jom Terokai Malaysia.
Entry kali ini saya akan kongsikan aktiviti-aktiviti menarik
di Kuala Rompin,Pahang. Fokus utama ialah di Pantai Hiburan Rompin. Bagi
penduduk-penduduk Kuala Rompin, Pantai Hiburan adalah satu destinasi yang wajib
dkunjungi terutama pada hujung minggu. Terutama bagi yang sudah berkeluarga.
Saya dan suami pun suka bawa anak-anak beriadah di Pantai Hiburan,Kuala Rompin
Pahang ni. Maklum sajalah anak-anak yang sedang membesar ni memang suka sangat
kalau dapat main pasir pantai.
Baiklah,apa istimewanya Pantai Hiburan Rompin?
Jujurnya Pantai Hiburan,Kuala Rompin Pahang ini menyajikan
pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung-pengunjung terutamanya pada hujung
minggu. Antaranya ialah :
1) Menjala dan Memukat :
Ikut musim,contoh tahun ini pada bulan Mac memang banyak
hasil laut seperti ikan dan udang dapat dipukat
dipinggiran Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.Memang
seronok,sambil-sambil tunggu pukat boleh berkelah bersama keluarga. Ramai yang
dapat membawa pulang hasil tangkapan mereka waktu ni. Malah ada yang sanggup
berkhemah di tepi pantai semata-mata ingin mengaut hasil lautan yang segar ni.
2) Carboot Sale :
Pantai Hiburan, Kuala Rompin Pahang turut menjadi medan niaga
untuk usahawan-usahawan kecil di Rompin pada hujung minggu. Pelbagai produk
tempatan dijual dengan harga yang berpatutan. Antaranya ialah Susu Farm Fresh,
Durian Crepe, Fluer (Pewangi Kereta) dan pelbagai jenis makanan
3) Busking
Nak
merasai suasana ala-ala Hawaii Malaysia? Jom D’Kukur Busker, Kuala Rompin Pahang sudi menghiburkan anda. Mereka juga merupakan duta promosi
sempena Rompin Fest dan mendendangkan lagu Rompin Makmur.Mereka terdiri dari
anak-anak muda yang berbakat dalam bidang nyanyian Boleh la datang dan jika
bernasib baik anda boleh request atau nyanyi bersama mereka.
credit photo:FB D'Kukur Busker https://www.facebook.com/hp0139988100/ |
4) Clown dan Fire Breathing
Ha yang ni memang
dare devil punya pertunjukan. Persembahan api oleh Mat Jeng Jeng De Clown,
belia dari Felda Selendang 1,Kuala Rompin. Tapi bergantung dengan keadaan cuaca
dan permintaan. Jika keadaan berangin tak dapat lah tengok sebab faktor
keselamatan. Tapi jangan bimbang kalau tak dapat tengok api,anak-anak masih
boleh terhibur dengan aksi comel badut juga dari orang yang sama.
kalau perlukan khidmat Mat Jeng Jeng boleh la hubungi beliau diFbnya
https://www.facebook.com/mat.jengjeng.50. Saksikan video disini
5) Skateboard,rollerblade dan permainan
Yang ini memang kegemaran anak-anak. Pelbagai jenis
permainan beroda disediakan di tapak rollerblade Pantai Hiburan,Kuala Rompin Pahang ni dengan harga yang berpatutan. Pendek
kata memang meriahlah seperti pesta bila tiba hujung minggu di Pantai Hiburan, Kuala Rompin ni
Credit photo: Utusan Malaysia |
Untuk mereka yang
kurang gemarkan hiburan,anda boleh menikmati pemandangan,berjalan-jalan
dipesisir pantai atau sekadar duduk memernhati. Bagi kaki jogging, terdapat
trek jogging disediakan untuk anda,sambil-sambil layan bayu lembut. Dan yang
ingin mencuba Woodball (sukan rasmi negeri Pahang) boleh lah dapatkan trainer
Woodball dan mencuba sendiri sukan ini di Turf woodball Pantai Hiburan Kuala
Rompin Pahang.Anda juga boleh berhubung terus dengan Pegawai di Pejabat Belia
dan Sukan Daerah Rompin. http://pbsdromp.blogspot.my/
Baiklah cukup setakat ini dahulu perkongsian kali ini.
Bertemu lagi dalam entry yang lain. Nah saya sajikan suasana santai-santai kami
sekeluarga di bawah pepohon rhu ala-ala Jeju Island di Pantai Hiburan Kuala Rompin Pahang.
Next entry insyaAllah saya akan kongsikan
penginapan-penginapan untuk pengunjung-pengunjung luar Kuala Rompin Pahang.
Subscribe to:
Posts (Atom)