
Salam semua.Masih lagi dalam mood Cuti Sekolah dan untuk ibu-bapa masih ada masa lagi untuk bawa anak-anak berjalan-jalan dan bercuti, Tak perlu pergi jauh-jauh.Jom Terokai Malaysia. Entry kali ini saya akan kongsikan aktiviti-aktiviti menarik di Kuala Rompin,Pahang. Fokus utama ialah di Pantai Hiburan Rompin. Bagi penduduk-penduduk Kuala Rompin, Pantai Hiburan adalah satu destinasi yang wajib dkunjungi terutama pada hujung minggu. Terutama bagi yang sudah berkeluarga. Saya dan suami pun suka bawa anak-anak beriadah di Pantai Hiburan,Kuala Rompin Pahang ni. Maklum sajalah anak-anak yang sedang membesar ni memang suka sangat kalau dapat main pasir pantai. Baiklah,apa istimewanya Pantai Hiburan...